top of page

UMNO Bungkus Kata Perkasa

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 24, 2015
  • 1 min read

IBRAHIM_ALI_1MDB_KG_BARU_20150402_TMIKAMAL_ARIFFIN_03.jpg

Umno ‘bungkus’, BN ‘jalan’ jika Najib bubar Parlimen, kata Perkasa. Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan menerima padah jika bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk membubarkan Parlimen lebih awal, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal, sudah pasti Umno dan BN akan mengalami kekalahan dengan pelbagai masalah yang sedang melanda rakyat.

“Tidak salah untuk Najib bubar Dewan Rakyat. Pada saya, kalau bubar sekarang, Umno ‘bungkus’, BN ‘jalan’.

“Sebab, dengan isu yang sedang berlegar sekarang, membabitkan apa yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu siapa arah bunuh Altantuya Shaariibuu yang belum terjawab. Paling parah sekali, cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kalau pilihan raya sekarang, lebih baik Umno dan BN serah kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR). Banyak keadaan kena pulih dahulu,” katanya.

Jazlan pada Rabu berkata Najib boleh membersihkan tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentadbirannya dengan mengadakan PRU lebih awal bagi mendapatkan mandat baru melalui pembubaran Parlimen.


 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page