top of page

Bala Terkini Najib Untuk Rakyat Malaysia

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 26, 2015
  • 2 min read

images (2).jpg

SHAH ALAM 24 APRIL: Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) nanti.Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini. Di bawah TPPA rakyat Amerika, Jepun dan negara lain bebas membuat perniagaan dan membeli apa-apa sahaja di dalam negara itu.“Tentunya salah satu yang jadi tumpuan mereka adalah melabur dalam pemilikan hartanah termasuk perumahan.“Ini akan menolak harga ke atas. Harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini. Beritahu beliau lagi, kouta dan keistimewaan potongan tujuh peratus yang dinikmati kaum Bumiputra dalam pembelian hartanah pada masa ini juga bakal terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan selaras dengan dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET).Mengulas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Dr Rosli berkata lawatannya itu bagi memastikan Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian TPPA. “Rakyat kena sampaikan mesej kepada kerajaan, kita tolak kerana TPPA boleh gadaikan kedaulatan negara.“Jangan biarkan negara dijadikan alat politik dalam agenda Amerika untuk mengekang kemaraan ekonomi negara China di persada dunia,” kata Dr Rosli lagi. Katanya lagi, langkah kerajaan menandatangani TPPA hanya menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebuah pentadbiran yang lemah dan boleh digertak sehingga terpaksa tunduk dengan kehendak negara kuasa ekonomi dunia itu. [SK]

SHARE post ini agar semua tahu perjanjian rahsia ini. ....SHARE.....SHARE.....SHARE


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page