top of page

‘Orang penting’ Jho Low di Aabar

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 27, 2015
  • 2 min read

Khadem_al_Qubaisi-625x393.jpg

Individu penting kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho dalam syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, Aabar Investments, dilaporkan kini kehilangan jawatannya apabila beliau tidak lagi memegang beberapa jawatan tertinggi dalam syarikat tersebut, lapor portal Sarawak Report.

Khadem al Qubaisi, lapor portal berkenaan, merupakan “orang penting” kepada ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu dan digugurkan daripada majoriti jawatan yang disandangnya.

Al Qubaisi lapor Sarawak Report merupakan ketua eksekutif dan anggota Lembaga Pengarah International Petroleum Investment Company (IPIC), dan pengerusi syarikat subsidiarinya Aabar Investments dan Arabtec.

“Sebelum ini, al Qubaisi adalah salah seorang eksekutif awam paling kanan di negara Arab itu,” kata portal Sarawak Report.

Portal itu bagaimanapun melaporkan pada Rabu, al Qubaisi secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai Pengerusi IPIC, dan beberapa hari sebelum itu dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi Arabtec.

“Kemudian pada Khamis, dilaporkan al Qubaisi juga disingkirkan daripada jawatan pengerusi Aabar Properties, yang merupakan anak syarikat kepada Aabar Investments, syarikat yang terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jho Low,” kata Sarawak Report.

Sarawak Report sebelum ini pernah melaporkan, pembayaran sejumlah AS$20 juta daripada syarikat Good Star Limited milik Jho Low dipindahkan kepada akaun bank peribadi milik al Qubaisi di Luxembourg.

“Dan kami mempersoalkan pembayaran itu dalam konteks rundingan Aabar Investments dengan 1MDB, yang mana dikritik secara meluas kerana tidak memihak kepada syarikat Malaysia itu, mengakibatkan kerugian jutaan dolar, yang mana masih gagal dikesan.”

“Berikutan penerbitan kami, penggodam cuba mengalihkan artikel berkenaan daripada laman web kami,” kata Sarawak Report.

Portal berkenaan semalam, melaporkan mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah AS$330 juta (RM1.18 bilion) untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun Jho Low.

Dalam satu artikel yang dimuat naik semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen 1MDB membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.

“Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah AS$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011, juga terus diberikan kepada Good Star Limited,” kata Sarawak Report dalam laporan itu.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland.

Low sebelum ini berulang kali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB


 
 
 

Комментарии


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page