top of page

Kadir: Najib takkan mudah letak jawatan

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 27, 2015
  • 1 min read

images (3).jpg

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, pihak yang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berubah sikap atau meletak jawatan pasti akan kecewa. Katanya, Najib tidak mudah berubah kerana dikawal dan terhutang budi dengan banyak pihak. Kadir, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib hanya boleh dipaksa untuk berundur dengan isu tertentu. “Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, src International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri,” katanya. Katanya, Najib berbeza dengan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya dikelilingi oleh kelompok kecil penasihat. “(Najib) dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai kaki ampu dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri,” kata Kadir. Satu-satunya cara untuk menyingkir perdana menteri adalah melalui majlis tertinggi Umno, yang dikuasai Najib, katanya. Mahathir, dalam satu tulisan minggu lalu mempersoalkan harta kekayaan Najib dan pentadbirannya dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page