top of page

Pemimpin kanan Umno mula bergerak menentang 1MDB

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 27, 2015
  • 1 min read

datuk-kadir-jasin.jpg

“Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

“Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan,” kata Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com.

Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

“Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan,” katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu

Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri “tidak membantu” dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

“Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

“Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk,” kata Nazir.


 
 
 

Commentaires


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page