top of page

Najib perlu jawab kepada rakyat, kata Pak Lah

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 28, 2015
  • 2 min read

ABDULLAH_AHMAD_BADAW_IKIM_SEMINAR_280415_TMINAJJUA_03.jpg

Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada rakyat mengenai segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia termasuk membuat keputusan sama ada beliau perlu meletak jawatan atau mempertahankan kedudukannya seperti desakan beberapa pihak terutama pengkritik tegarnya Tun Dr Mahathir Mohamad, kata perdana menteri sebelum Najib itu.

"Saya lihat apa yang berlaku, apa yang mereka cakap, tidak bawa sebarang kebaikan kepada parti, juga kepada rakyat.

"Beliau sebagai perdana menteri, perlu jawab. Ada tanggungjawab untuk menjawab segala tuduhan. Sebab dia pemimpin parti, dia yang kena cakap," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib tidak seharusnya mendiamkan diri dan menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada rakyat situasi sebenar.

Bercakap selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib perlu menyatakan pendirian mengenai perkara yang dirasakan harus diberi keutamaan.

"Najib akan putuskan apa yang beliau hendak buat. Tanggungjawabnya untuk beritahu perkara yang perlu diberi keutamaan kepada parti.

"Itu yang beliau (Najib) nak cakap, jadi beliau kena beritahulah. Takkanlah beliau nak senyap," katanya.

Ditanya saranannya terhadap kedua-dua pemimpin negara tersebut, Abdullah dengan ringkas menjawab: "buat kerja masing- masing."

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapakah pengganti yang layak mengambil tempat Najib.

"Apa yang beliau (Dr Mahathir) cakap, biarlah. Sebab itu saya tidak cakap pada sesiapa," katanya merujuk kenyataan Dr Mahathir yang menamakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih dari Najib.

Kepada persoalan sama ada Najib perlu akur dengan desakan untuk meletak atau meneruskan kepimpinannya, Abdullah berkata: "Itu keputusan (beliau). Apa yang (Najib) nak buat, (Najib) akan lakukan," katanya. – 28 April, 2015.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page