top of page

1,000 mahasiswa sertai demo bantah GST 1 Mei

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 29, 2015
  • 1 min read

GST_FB_32-600x360-600x360.jpg

1000 mahasiswa dijangka akan turun ke Pasar Seni menyertai himpunan bantah GST yang dijadualkan pada 1 Mei ini.

Ketua Koordinator Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Mohamad Nazrun Hakim berkata gerakan-gerakan mahasiswa Malaysia mendesak supaya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Jelasnya, golongan mahasiswa antara yang paling terkesan dengan perlaksanaan GST akibat kenaikan yuran di universiti swasta disebabkan peningkatan kos operasi.

“Bukan itu sahaja, harga buku-buku pengajian dan percetakan juga turut terkesan dengan perlaksanaan GST walaupun buku dikecualikan dari dikenakan GST.

“Ini sekali gus menambah beban kepada pelajar, terutamanya bagi anak golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah.

“Ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup, sudah pasti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa juga belum cukup mampu menampung keperluan pelajar,” katanya dalam satu sidang media di hadapan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini.

Nazrun memberi kata dua kepada kerajaan sama ada hendak mendengar suara mahasiswa dan rakyat Malaysia atau berdepan dengan amarah rakyat.

Mengulas lanjut mengenai himpunan pada 1 Mei itu, Nazrun memaklumkan kumpulan mahasiswa akan berkumpul di Puduraya pada jam 2 petang sebelum bergerak ke Pasar Seni pada jam 2.45 petang.

“Sambutan 1 Mei di Pasar Seni akan diisi dengan ucapan pemimpin anak muda dan pemimpin komuniti termasuk petani.

“Kemuncak program, kita akan membacakan deklarasi rakyat sebelum menyertai perarakan ke KLCC. Kata dua buat kerajaan, mansuhkan GST atau anda akan berdepan dengan kebangkitan rakyat,” ujarnya.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page