top of page

Umno halang Ahmad Maslan cakap isu GST

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • Apr 29, 2015
  • 2 min read

AHMAD_MASLAN_110415_TMISETH_02.JPG

Umno memberi amaran kepada Datuk Ahmad Maslan supaya berhenti membuat kenyataan mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), terutamanya di Rompin dan Permatang Pauh yang sedang menghadapi pilihan raya kecil (PRK), sepanjang tempoh berkempen ini, kerana khuatir akan akibat daripadanya, lapor Astro Awani hari ini.

Memetik sumber parti, portal saluran berita itu berkata, timbalan menteri kewangan itu diminta tidak mengetengahkan isu GST, terutamanya selepas beliau dikritik di media sosial kerana kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai cukai tersebut.

"Beberapa pemimpin atasan Umno memberi amaran kepada Ahmad yang terlebih lantang bersuara mengenai isu berkaitan GST ini. Ia boleh menyebabkan kita mendapat majoriti yang lebih kecil di PRK Rompin yang akan mengakibatkan kita tewas pula di PRK Permatang Pauh .

"Niatnya baik tetapi kenyataannya sering dimanipulasi oleh pembangkang sehingga banyak isu yang timbul, yang akan memberi kesan kepada parti," sumber itu dilaporkan berkata kepada Awani .

Satu sumber lain mengatakan, Ahmad diarahkan tidak bercakap lagi mengenai GST.

Beberapa minggu kebelakangan ini, Ahmad dikritik hebat dan dipersendakan di media sosial kerana dalam usahanya menerangkan dan mempertahankan GST, beliau membuat kenyataan yang dianggap kurang bijak.

Pada satu sesi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau pernah menasihati pelajar universiti memasak makanan sendiri demi menjimatkan wang sedangkan mahasiswa di kampus tidak dibenarkan menggunakan peralatan memasak.

Beliau juga dilaporkan berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami GST, kerana itulah bekas perdana menteri itu menyarankan kerajaan memansuhkan cukai itu.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" ahli Parlimen Pontian itu dipetik berkata.

Beliau juga menggesa mereka yang rapat dengan Dr Mahathir menjelaskan kepadanya mengenai GST "tanpa dipengaruhi komen negatif dari pembangkang." – 29 April, 2015.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page