Hanez Suraya dan Yana Samsudin Kini Berhijab
- haidy81
- May 1, 2015
- 1 min read

Pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Hanez Suraya muncul dengan imej baru sejurus pulang dari Tanah Suci Mekah. Hanez yang berangkat ke sana bersama dengan suami, anak tiri dan rakan-rakannya adalah untuk mengerjakan ibadah Umrah.
Manis mengenakan tudung di sepanjang keberadaannya di Mekah, Hanez terus tampil dengan imej berhijab dan mengesahkan perkara itu menerusi sekeping gambar yang diletakkan di dalam Instagram miliknya dengan kapsyen “Semoga penghijrahan saya ini berkekalan.. Amin.”
Pelakon filem Wawa Semput, Yana Samsudin pula tampil dalam rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang disiarkan secara langsung semalam dengan imej baru. Manis mengenakan tudung berwarna merah jambu, penghijrahan Yana disahkan oleh suaminya Fadzil Zahari menerusi temubual bersama BH Online.
Commentaires