top of page

4 Skandal Najib dan Rosmah yang masih belum terjawab?

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 2, 2015
  • 2 min read

79cd0c7438b34976f24677d1adcf9c65.jpg

1.SKANDAL PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE Skandal pembelian kapal selam Scorpene mula kedengaran semenjak Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan. Walaupun pelbagai dakwaan telah dikemukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan agen mereka, SUARAM namun sehingga hari ini, tiada sebarang dokumen yang dikemukan membuktikan penglibatan Najib dalam skandal ini. Malah kerajaan telah membuktikan bahawa pembelian kapal selam ini adalah mengikut prosedur standard. 2.SAPINA DI PERANCIS Juga melibatkan skandal pembelian kapal selam. Kali ini Dato Seri Najib dan beberapa nama didakwa oleh SUARAM akan disapina di mahkamah Perancis berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Namun sehingga saat ini, Najib masih melakukan tugas rutin sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak perundangan Perancis apatah lagi Polis Antarabangsa (Interpol). Agak-agaknya bila mahu disapina? 3.KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU Masih dalam kerangka skandal pembelian kapal selam Scorpene. Kali ini, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang model kelahiran Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh pemimpin pembangkang. Namun bukti menunjukkan Najib tidak pernah mengenali Altantuya secara peribadi dan Rosmah juga tiada di tempat kejadian semasa pembunuhan kejam itu dilakukan. Selain itu, Najib sebagai seorang Muslim telah tiga kali bersumpah Qasamah menafikan mengenali Altantuya dan terlibat dalam pembunuhan kejam itu. Raja Petra Kamaruddin, seorang pengendali portal berita juga mengakui bahawa telah diarahkan untuk menyebarkan fitnah walaupun mengetahui bahawa tiada sebarang bukti asas untuk menyokong fitnah ini. Sehingga hari ini, pemimpin dan pejuang siber pembangkang terus menggunakan isu ini walaupun tidak pernah mengemukan bukti. 4.PEMBELIAN CINCIN BERLIAN DS ROSMAH RM24 JUTA Melihat angka ini sahaja boleh menyebabkan timbul tanda tanya; Mengapa cincin semahal ini cuma dihantar secara pos atau kurier? Bukankah lebih mudah sekiranya selepas membeli cincin ini, Datin Seri Rosmah Mansor terus menyarungkan ke jari? Pasti ini lebih selamat dan tiada sesiapa yang akan tahu. Sekali lagi, sehingga hari ini tiada sebarang bukti menunjukkan cincin itu benar-benar wujud. Malah akhbar Kompas di Indonesia yang mengeluarkan berita tentang ini juga telah memohon maaf kepada PM dan isteri kerana tidak telah mengeluarkan berita palsu, manakala Chegubard sehingga hari ini masih tidak mengakui bahawa ini semua fitnah semata-mata. Fitnah lagi.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page