top of page

'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...'

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 2, 2015
  • 1 min read

eb63062280f8e926974f94742fdd3c9e.jpg

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian. Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya. “Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya. "Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir. Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan. Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini. Mahathir bagaimanapun dalam satu sidang media selepas itu menjelaskan, kenyataannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi barisan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13. Najib, yang juga presiden Umno, dalam kapasiti peribadinya turut memfailkan saman ke atas Malaysiakini atas komen kritikal ke atasnya dari pembaca laman ini. “Tidak, Najib juga dengar kritikan... Tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberi memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan. “Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak," kata Mahathir.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page