top of page

GST: Melayu bayar lebih pada kaum Cina

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 2, 2015
  • 2 min read

3bebadf0aae57e2811886c823b0fe714.jpg

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie memberitahu masyarakat Cina di negara ini supaya tidak menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana sistem itu akan menyaksikan orang Melayu yang bayar lebih. Katanya, dua corak demografi masyarakat Cina - iaitu berpendapatan tinggi dan tidak ramai anak - sepatutnya menjadi alasan yang cukup bagi mereka tidak menentang GST. Heng berkata di bawah sistem cukai lama, masyarakat Cina merupakan 90 peratus pembayar cukai kerana status pendapatan mereka yang tinggi, tetapi di bawah GST yang berasaskan kepada penggunaan, masyarakat Cina - dengan kadar kelahiran yang rendah - akan mendapat manfaat. "Kini sistem telah bertukar kepada GST, tidak kira siapa anda atau berapa banyak yang anda dapat [...] selagi anda mengguna, anda bayar GST, kan? "Tambahan pula, kita (orang Cina) kurang anak. Siapa yang mempunyai paling ramai anak? Kawan Melayu kita mempunyai lebih ramai anak.

ee6b9958649bb25d5dce949971f2fc0b.jpg

"Apabila ada lebih ramai anak, maka akan lebih banyak penggunaan. Apabila kurang anak, maka penggunaan akan kurang, kan?" beliau dirakamkan sebagai bercakap dalam bahasa Cina semasa berada di Rompin untuk berkempen di pilihan raya kecil kawasan itu pada hari Rabu. Rakaman itu muncul di talian selepas Heng menuduh akhbar China Press memetik beliau di luar konteks. Harian bahasa Cina itu terpaksa menarik balik laporannya pada hari Khamis mengenai perkara itu. Dalam rakaman itu, Heng menggesa masyarakat Cina melihat gambaran yang lebih besar dan menyuarakan kehairanan mengapa mereka mahu menentang GST. "Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh membantah GST tetapi orang Cina tidak ada sebarang sebab untuk menentang GST kerana kedua-dua corak (demografi) tersebut. "Anda tidak ramai anak, penggunaan anda akan kurang, jadi sistem GST ini memberi manfaat kepada kita (orang Cina). "Mereka (orang Melayu) ada lebih ramai anak, maka mereka perlu membayar lebih, kan?" katanya sambil menambah\, oleh itu, orang Cina tidak seharusnya menentang GST hanya kerana mahu membantah.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page