top of page

'Kami 'diterbangkan' ke Kazakhstan oleh keluarga pengantin lelaki'

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 2, 2015
  • 2 min read

download (2).jpg

Rombongan bertandang keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Alamaty, Kazakhstan tidak menggunakan duit rakyat sebaliknya sebahagian daripada mereka ke sana ditanggung oleh pihak pengantin lelaki. Seorang pegawai yang turut terbang ke Kazakhstan menegaskan bahawa rombongan tersebut hadir ke sana atas jemputan. “Orang tanya siapa yang bawa, kami pergi atas jemputan keluarga lelaki. Saya pun rapat dengan keluarga lelaki sebab itu dijemput. Sebahagian tetamu diterbangkan ke Kazakhstan oleh keluarga lelaki (Daniyar Kessibayev).

unnamed.jpg

“Untuk level macam saya yang bukan korporat ni tentu disediakan dari keluarga sana yang jemput, sebahagian lagi yang atas kos mereka sendiri, tidak timbul satu sen pun duit kerajaan di sini,” kata Rizal Mansor

Malah, Rizal turut menafikan seramai 300 orang yang terbang ke sana, sebaliknya hanya 250 orang. Mereka berada di sana pada 17 hingga 19 April lalu. Rizal menambah, kakitangan kerajaan yang terbang ke Kazakhstan bagi majlis bertandang itu diminta untuk mengambil cuti. Rizal turut menegaskan perjumpaan tidak rasmi antara Najib dan pemimpin Kazakhstan dibuat bukan atas alasan untuk menanggung kos rombongan itu, sebaliknya dengan berkata: “Itu (perjumpaan Najib dengan pemimpin Khazakhtan) bukanlah sebab untuk kita kata pergi ramai-ramai.

“(Orang) guna alasan buat perjumpaan (untuk) menghalalkan pemergian (kami ke) Kazakhstan dengan guna dana kerajaan, yang itu bukan, bukan, bukan,” kata Riza

download (5).jpg

Malah, katanya, pemimpin Kazakhstan turut mengetahui kehadiran Najib di sana untuk meraikan majlis bertandang. Menurutnya lagi, tidak timbul soal kaya atau tidak kerana tidak melibatkan wang rakyat. “Saya nak jelaskan, timbul soal kaya atau tak kaya, keluarga perempuan pergi ke majlis bertandang. Terpulang dia (keluarga pengantin lelaki) nak buat besar-besaran atau tidak, itu hak keluarga lelaki. “Kita semua adalah tetamu, pergi (untuk) meraikan,” katanya.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page