top of page

Mufti Perlis persoal mengapa ‘orang bodoh’ sertai Kabinet

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 2, 2015
  • 2 min read

mufti perlis.jpg

Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya. – 26 April, 2015.


 
 
 

コメント


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page