top of page

IGP jadi sasaran ceramah Azmin

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 4, 2015
  • 2 min read

polia.jpg

Walaupun tidak bertanding di pilihan raya kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh, namun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menjadi sasaran dalam ceramah PKR. Malam tadi, ketika berucap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertanya kepada hadirin sekiranya pegawai cawangan khas (SB) turut serta di ceramah itu. Kemudian para hadirin menjawab "Ada!". "SB ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut. Beritahu ketua polis negara, tolonglah, nak jadi ketua polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?," kata Azmin disambut sorakan kira-kira 200 hadirin. Selepas itu, Azmin kemudian sekali lagi mengajukan soalan dan meminta hadirin menjawab sama ada Khalid menjaga keselamatan negara atau Umno. "Saya nak tanya orang Permatang Pauh, orang Permatang Pauh kena jawab malam ini.Ketua polis yang ada sekarang menjaga keselamatan negara atau keselamatan Umno dan BN?" soal Azmin. "Umno!" laung hadirin dan kemudian Azmin mengucapkan: "Hebat. Tahniah." Kemudian sekumpulan wanita yang hadir di ceramah itu ketawa dan menyebabkan Azmin bertanya sama ada mereka takut sekiranya ditangkap dengan pihak polis. "Jangan takut kena tangkap. Biar penuh penjara itu, tak ada masalah. Kalau masuk (penjara) Sungai Buloh boleh jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bila lagi nak jumpa," kata Azmin menyebabkan hadirin ketawa. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Azmin mengakui ucapannya pada malam tadi "berapi" memandangkan ia sudang memasukki hari ke-12 berkempen di Permatang Pauh. Ketika ditanya sama ada kenyataannya dalam ceramah itu menghina penjawat awam dengan menggunakan perkataan "barua", Azmin menafikannya. "Saya minta supaya Ketua Polis Negara menjalankan tugas menjaga keselamatan negara. Adakah itu salah? "Saya tanya, tidak tuduh dia. Saya tanya pada beliau dan rakyat Permatang Pauh. Adakah tanya pun tak boleh dalam Malaysia ni? Saya tak tuduh dia, saya hanya tanya," katanya. Justeru, Azmin berkata, beliau meminta supaya Khalid menjawab persoalannya malam tadi melalui tindakan dan bukan tweet. "Itu satu pertanyaan bukan tuduhan. Dia kena jawab dan jawapan dia kena melalui tindakan bukan jawapan. "(Melalui) tindakan bukan melalui tweet," kata Azmin lagi.


 
 
 

コメント


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page