top of page

Kadir: PM terhutang budi tajaan kahwin anaknya?

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 4, 2015
  • 1 min read

download (5).jpg

Bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin berkata penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap penajaan bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau di Kazakhstan, boleh menimbulkan persoalan. "Kita perlu bertanya, adakah elok bagi seorang perdana menteri menerima tajaan daripada pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri? "Tidakkah ini membuatkan perdana menteri kita terhutang budi dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak yang menaja perbelanjaan beliau, misalnya membeli berpuluh-puluh buah jam tangan mewah untuk dijadikan hadiah?" tulis Kadir di blognya Kadir mengulas kenyataan pegawai khas Najib - Rizal Mansor - yang memberitahu Malaysiakini bahawa rombongan ke Kazakhstan baru-baru ini ditaja oleh keluarga menantunya, Daniyar Kessikbayev. Dicetuskan oleh dakwaan Dr M Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan mereka berada di Kazakhstan dari 17 hingga 19 april untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Sebelum ini, dua majlis telah diadakan di Kuala Lumpur dan di Pekan, Pahang. Tidak banyak yang diketahui mengenai majlis itu, tetapi perbincangan hangat mengenai majlis tersebut bermula selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat khabar angin bahawa RM3 juta dibelanjakan untuk susunan bunga di majlis perkahwinan itu pada 28 Mac di KLCC. Mahathir juga mendakwa rombongan Najib ke Kazakhstan pada bulan April itu ialah sekitar 300 orang. Dua jet kerajaan yang biasanya digunakan untuk menerbangkan perdana menteri ke luar negara, tidak terbang ke Kazakhstan dalam tempoh tersebut.


 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page