top of page

Cemuhan Azmin pada saya melampau, kata ketua polis negara

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 6, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggunakan perkataan “barua” kepadanya.

Beliau merujuk kenyataan menteri besar Selangor itu pada satu ceramah di Permatang Pauh bertanya kepadanya sama ada beliau “barua” Umno.

"Awak tanya saya sedih ke tak? Awak pun tahu ini bukan pertama kali saya menerima cemuhan sebegini.

"Tapi yang ini pada saya agak melampaulah," katanya pada satu sidang media di Pulau Pinang, petang ini.

Khalid menjawab soalan wartawan yang bertanyakan perasaannya tentang kenyataan yang dibuat Azmin dua hari lalu.

Katanya, beliau menyerahkan siasatan berhubung kenyataan itu kepada pegawai polis yang berkenaan.

"Kita ada undang-undang di negara kita untuk apa-apa juga pelanggaran undang-undang.

"Jadi biarlah undang-undang mengambil tempatnya," kata Khalid.

Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis (cawangan pegawai diwartakan), Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata terdahulu hari ini, kenyataan Azmin itu mengguris hati seluruh warga polis.

Katanya, tiga laporan polis dibuat terhadap tindakan Azmin itu yang menggelar Khalid sebagai “bacul” dan “pencacai”.

Khalid petang ini singgah di Ibu Pejabat Polis daerah Seberang Perai Tengah bagi meninjau persiapan pasukan polis menghadapi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, esok.

Beliau ketawa kecil sewaktu diusik wartawan jika beliau berada di Pulau Pinang untuk memburu Azmin.

"Tak adalah. Kenapa pula saya nak cari dia. Saya boleh jumpa dia pada bila-bila masa," katanya.

Malah, katanya, beliau bertembung dengan Azmin pada istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV di Balairung Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, terdahulu hari ini.

Namun Azmin katanya, seperti berpura-pura tidak menyedari kelibatnya pada istiadat itu.

"Tadi pun saya jumpa dia di Istana Perak. Saya nampak dia, tapi mungkin dia tak nampak saya agaknya," katanya.


 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page