Jho Low Beli Lukisan Berharga USD 48.8 Juta tu
- haidy81
- May 8, 2015
- 1 min read

Matawang USD tue. Bukannya ringgit Malaysia. Tapi USD. Bapak gila kaya malaon neh. Jho Low, individu yang terkait dalam skandal 1MDB, dinamakan sebagai individu yang membeli sebuah lukisan tahun 1982 yang dianggarkan bernilai USD 48.8 juta dollar. Sumber dalaman memberitahu bahawa Jho Low membeli karya tersebut pada sebuah majlis lelongan pada May 2013 yang lepas. Sumber juga melaporkan bahawa Jho Low tidak menafi atau mengiyakan pembelian tersebut namun hanya memberikan respon "Saya tidak membeli lukisan (Dustheads) itu bagi mana-mana pihak (pelabur)". Sumber juga menyebut bahawa penyertaan (penglibatan) Jho Low dalam jual-beli hasil seni juga membuatkan 'mood' pasaran berubah dan menyebabkan hasil seni semakin bernilai tinggi (mahal). WOWWWWW... 48.8 juta untuk sebuah lukisan? Kalau rumah aku boleh terima lagi. Tapi ini lukisan? Malaon ini betul-betul ada banyak duit. Persoalannya, siapa dia dan kenapa dia begitu kaya-raya?
Comments