top of page

Panel bebas SPRM tiada kuasa siasat kes, kata ahli kepada Dr Mahathir

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 8, 2015
  • 3 min read

1.jpg

Fungsi panel bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya memantau perjalanan pihak berkuasa membanteras rasuah itu, dan tidak mempunyai kuasa mengarahkan siasatan dijalankan, kata ahli panel itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin yang merupakan ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah berkata, semua panel yang memantau SPRM mewakili masyarakat, sekali gus tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan suruhanjaya itu menyiasat sesuatu kes membabitkan salah laku rasuah.

"Pada pandangan saya, fungsi hakiki Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) hanya sebagai penasihat kepada SPRM. Begitu juga 4 badan bebas lain yang memantau perjalanan SPRM," katanya yang juga ahli Parlimen Kota Baru dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di laman blog www.chedet.cc, yang berkata, selaku ahli panel memantau SPRM, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim boleh mengarahkan siasatan dijalankan berhubung “wang yang dikatakan dicuri dari kerajaan" ketika pemerintahan beliau.

LPPR salah satu badan pemantau pihak berkuasa membasmi rasuah termasuk 4 badan bebas lain iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

"Badan ini mewakili masyarakat dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat atau mengarahkan SPRM menjalankan siasatan. Ini kerana SPRM merupakan sebuah suruhanjaya yang bebas," katanya.

Takiyuddin berkata, LPPR ialah badan bebas yang bertindak sebagai semak dan imbang terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsinya.

"Masyarakat perlu memahami fungsi sebenar LPPR, di mana ahlinya mewakili rakyat bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM," katanya.

Beliau berkata, antara terma rujukan LPPR adalah menasihati SPRM tentang aspek masalah rasuah di Malaysia; menasihati SPRM tentang dasar dan strategi SPRM dalam usahanya membanteras rasuah; dan menerima, meneliti dan mengesahkan cadangan daripada suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan suruhanjaya; serta mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.

"LPPR dan 4 badan bebas yang lain boleh meminta SPRM menjelaskan mana-mana isu berhubung rasuah tetapi tidak ada kuasa menyiasat sesuatu kes," katanya.

Takiyuddin berkata, perlu difahami, siasatan yang dilakukan SPRM bukan mengikut kehendak dan keperluan ahli panel bebas SPRM, sebaliknya siasatan yang dijalankan perlu berteraskan peruntukan atau semangat Akta SPRM 2009.

"Di mana SPRM hanya boleh menyiasat jika ada unsur rasuah selaras dengan Akta SPRM 2009.

"Diharap orang ramai faham kedudukan ini," katanya, dan menambah, SPRM tidak akan teragak-agak untuk menjalankan siasatan sekiranya ada bukti kukuh wujudnya unsur rasuah, seperti dikatakan Tunku Aziz sebelum ini.

"Masyarakat perlu memberi kepercayaan dan yakin SPRM akan menjalankan tanggungjawab menyiasat sebarang isu yang ada unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009,” katanya.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menerusi kolum pada 4 Mei lalu dalam akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times menulis Bank Bumiputera sebagai salah satu skandal kewangan semasa pentadbiran Dr Mahathir dan keadaan kini lebih telus, membolehkan Malaysia membongkar serta menyelesaikan skandal yang melibatkan beban hutang 1MDB.

"Kami akan lakukan, dalam keadaan keterbukaan yang sedia ada, dapatkan lebih cepat kelemahan 1MDB, jika memang ada masalah, maka kami akan lakukan siasatan lebihan kewangan dan lain-lain pada ketika ketiadaan etika semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri," tulis Tunku Aziz.

Dr Mahathir kemudiannya menyahut kenyataan itu dengan menulis di blognya Tunku Aziz boleh menggunakan peranannya sebagai pengerusi LPPR untuk memberi tumpuan kepada perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz jika beliau benar-benar mengambil berat tentang rasuah.

Tunku Aziz bagaimanapun semalam enggan mengulas lanjut mengenai bantahan Dr Mahathir terhadap kolumnya itu.


 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page