top of page

'TH patut batal pembelian, bukan lapor polis'

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 8, 2015
  • 1 min read

1.jpg

Tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah memalukan, kata PAS. Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata tindakan itu “jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum”. “Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu,” kata Husam (kanan). “Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. ” Tabung Haji semalam dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Laporan itu, lapor Astro Awani antaranya menyebut blog The Benchmark, yang mendedahkan dakwaan itu, memanipulasi fakta pelaburannya yang menurut peraturan dan mendapat kelulusan secara betul dan teratur. Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan. Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa. Pelbagai pihak semalam menuntut penjelasan dan menyatakan perasaan tidak senangnya dengan pembelian yang didakwa melibatkan harga terlampau tinggi. Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin anara yang menuntut penjelasan dalam isu itu manakala NGO Islam terkenal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula membuat laporan polis supaya dakwaan blog itu disiasat.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page