top of page

Batal jika boleh, elak persepsi kurang baik pendeposit

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 9, 2015
  • 1 min read

1.png

Jika transaksi pembelian sebidang tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan, adalah wajar ia dilakukan untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.

"Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100...RM200," katanya yang juga menteri belia dan sukan.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas acara Larian Pekerja Muda '9 to 5' di Putrajaya, hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Pemuda Umno menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh TH daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.

Khairy berkata beliau juga menyuarakan kebimbangan dan pandangan peribadinya mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page