top of page

Duit hendak buat Haji pun kini tidak selamat

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 9, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Ketika duduk di rumah sebelum tiba waktu solat Jumaat, adik perempuan saya bertanya:“Patutkah saya keluarkan wang simpanan di Tabung Haji (TH)?”

Katanya:”Maklumlah, nanti tak pasal-pasal duit simpanan kita digunakan untuk membeli tanah 1MDB, sedangkan kita merancang nak ke Tanah Suci.”

Tak tahulah saya bagaimana hendak menjawab soalan itu sebab saya bukannya cerdik sangat tentang transaksi jutaan ringgit melibatkan syarikat gergasi termasuk TH atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Saya buntu seperti juga Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun saya yakin, pertanyaan adik perempuan saya itu turut bermain di benak fikiran pemegang akaun simpanan TH lain.

Ramai yang panik hari ini.

Laporan The Malaysian Insider pada Jumaat 8 Mei menyebut sekumpulan pemegang akaun TH bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka sebagai membantah keputusan pembelian tanah itu.

Pemuda Umno yang selama ini menyokong keperluan TH untuk membuat pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah turut menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana urus niaga dilaksanakan.

Duit mana yang dicekup Tabung Haji bagi membeli tanah Fasa 1 Tun Razak Exchange daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga RM188.5 juta itu?

Ada pula yang mendakwa harga tanah asal dibeli 1MDB cuma RM7/kaki persegi, manakala TH membayar 1MDB pada kadar RM3,000/kaki persegi.

Macam mana jadi begitu?

Sebelum ini, adik perempuan saya hampir kehilangan wang daripada akaun pelaburan di sebuah bank tempatan.

Alasan yang diberikan pegawai bank tersebut ialah duit dihantar ke Bank Negara kerana akaun didapati dorman selama hampir 4 tahun.

Panjang ceritanya tetapi hendak diringkaskan, senang wang diambil tetapi sukar bagi pendeposit mendapatkannya semula.

Jadi, sudah tentu dia tidak mahu pisang berbuah dua kali dan wang simpanannya hilang begitu saja.

Saya tertarik dengan cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar TH membatalkan urus niaga samar-samar (shady) itu sebagai langkah menenteramkan situasi panik yang dilihat di kalangan pendeposit.

Ramai yang sedia maklum, sejarah penubuhan TH bermula dengan lontaran buah fikiran Profesor Diraja Ungku Aziz melalui kertas kerja berjudul “Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji” kepada kerajaan pada Disember 1959.

Adakah langkah terbaru ini bagi membaiki ekonomi bakal haji? Atau bagi melangsai hutang 1MDB?

Akhir kata, dalam istilah ekonomi, kita biasa mendengar wang hasil kutipan daripada “cukai dosa” (sin tax) seperti tembakau, arak dan lain-lain.

Nampak gayanya, hari ini “duit nak buat pahala” pun tidak selamat lagi. – 9 Mei, 2015.

Lokman Mustafa


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page