top of page

Isu Tabung Haji goncang tiang seri Umno

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 9, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Isu pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kini menggoncang tiang seri sokongan terhadap Umno iaitu orang Melayu, dan menggugat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganalisis politik.

Ibrahim Sufian dari Merdeka Center dan Mohamad Hisommudin Bakar dari Ilham Centre sepakat bependapat pentadbiran Najib tergugat teruk kerana TH merupakan nadi penyatuan ekonomi umat Islam di segala peringkat.

Namun, wang untuk tujuan murni kini kelihatan dikotorkan.

"Bacaan kami memperlihatkan kemelut ini boleh menghakis sokongan orang Melayu yang kini menjadi teras sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional. Tiang seri Umno kini kian bergoncang," kata Hisommudin

Ibrahim pula berpendapat, tekanan terhadap Najib bukan saja daripada pengkritiknya tetapi juga pemimpin akar umbi Umno susulan tekanan langsung pemegang akaun TH.

"Saya yakin, isu ini akan menekan ketua-ketua bahagian Umno di seluruh negara secara langsung daripada ahli di peringkat bawah. Apabila itu berlaku, mereka pula akan menekan pucuk pimpinan Umno khasnya perdana menteri sendiri," kata Ibrahim

Sehingga kini, Pemuda Umno secara terang-terangan mempertikaikan cara 1MDB dikendalikan, apatah lagi dengan pinjaman TH kepadanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri mempersoalkan transaksi antara TH dan 1MDB dalam proses pembelian tersebut.

"Pemuda Umno tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada pendeposit TH dalam bentuk dividen.

"Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini cara bagaimana transaksi ini dilaksanakan," kata Khairy semalam.

Ilham Centre menjangkakan isu ini menjadi ruang terbaik bagi pengkritik Putrajaya dan Najib, kerana TH melibatkan pegangan pelaburan orang Melayu Islam.

Beliau berkata, isu ini mudah mengetuk kefahaman rakyat kerana melibatkan soal simpanan untuk tujuan ibadah, berbanding isu 1MDB mahupun GST, yang kelihatan agak rumit difahami.

Maka, Hisommudin berkata isu ini juga menyertai senarai baharu tekanan ke atas Najib selepas serangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kes Altantuya, 1MDB dan gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor.

Semalam, Dr Mahathir sekali lagi bersuara, dan terang-terangan meminta TH membatalkan serta merta pembelian tanah 1MDB.

Menulis di blognya, bekas perdana menteri itu menyatakan kekesalannya dengan situasi tersebut apabila TH menggunakan wang penyimpan bagi memulihkan atau menjamin hutang 1MDB.

Hisommudin berkata walaupun Umno dan Najib mendakwa masih mendapat sokongan daripada ketua bahagian Umno seluruh negara, sokongan itu hanya lapisan atas yang mendapat laba politik dan bukannya mewakili seluruh suara Umno dan orang Melayu.

"Spektrum sokongan veteran dan penyokong Umno yang mengagumi Tun Mahathir, dan anak muda Melayu kian kritis dan mula beralih sokongan daripada Umno," katanya yang banyak membuat kajian tentang politik orang Melayu dan Islam.

Kesimpulannya, Hisommudin berkata isu TH ini bakal mengheret kredibiliti Najib, dan mencabar akauntabiliti TH dalam menjelaskan kebimbangan rakyat khususnya orang Melayu Islam.

"Jika gagal kali ini, bersedialah Najib untuk berundur dan masa depan Umno kian malap," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata apa yang berlaku sekarang adalah kesan buruk yang berlaku kepada 1MDB sehingga semua yang tersentuh dengannya "menjadi arang".

"Penjelasan yang diberikan pula tidak meyakinkan orang ramai," katanya mengulas tekanan ke atas Najib ekoran isu terbaharu melibatkan TH.

Beliau bersetuju dengan Hisommuddin isu TH-1MDB meletup kerana melibatkan "wang suci" untuk umat Islam menunaikan haji.

Namun, Ibrahim tidak dapat menjangka selama mana Najib boleh bertahan, walaupun tekanan ke atasnya semakin berat.


 
 
 

コメント


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page