top of page

Selamatkah Najib dalam krisis Tabung Haji-1MDB

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 9, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Persoalan yang bermain di fikiran ramai rakyat Malaysia ketika ini ialah, sama ada Datuk Seri Najib Razak boleh melepaskan dirinya daripada skandal yang melibatkan perjanjian tanah di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Lembaga Tabung Haji (TH), kata DAP hari ini.

Ketua Parlimennya Lim Kit Siang berkata, kedudukan perdana menteri tidak pernah serapuh dan tidak menentu seperti ini, dan bertanya sama ada pertemuan antara presiden Umno itu dengan pemimpin bahagian Isnin ini akan mencetuskan satu ledakan politik.

Beliau juga bertanya jika ketua polis negara selepas ini akan berkata, semua dokumen yang berkaitan dengan skandal RM42 bilion 1MDB, turut dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ini berikutan kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, berkata polis akan menyiasat kebocoran dokumen TH berhubung pembelian tanah milik 1MDB, yang didedahkan beberapa blog, mengikut OSA.

"Kredibiliti dan integriti polis akan menjunam di bawah ketua polis negara yang ada sekarang jika polis dilihat melindungi pelaku skandal RM42 bilion 1MDB dan bukannya menyebelahi kepentingan awam dan negara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, tindakan terdesak Najib dalam kes hutang 1MDB itu, hingga meluluskan penggunaan dana TH membuatkan beliau dilihat tersepit di antara serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri kini menghadapi tekanan yang memuncak susulan ramai di dalam Umno yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap skandal terkini perjanjian tanah itu.

Dua hari lepas, TH mengesahkan pembelian tanah berharga RM188.5 juta di kawasan wilayah kewangan Tun Razak Exchange (TRX) 1MDB untuk membina kondominium mewah.

Pembelian itu didakwa mendapat "potongan" harga berbanding nilai pasaran semasa.

1MDB dipercayai membeli tanah kerajaan itu pada harga RM64/kaki persegi, sebelum dijual kepada TH pada harga RM2,773/kaki persegi.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page