top of page

Skandal Tabung Haji-1MDB: PM letak jawatan

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 9, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi ‘bailout’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

“Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB,” ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengulas skandal tersebut.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

“1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya,”

“Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah,” ujar Zairil dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.

“Tak sampai sebulan Pemuda Umno menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, di tengah-tengah dakwaan dan persoalan mengenai skandal 1MDB. Cepat betul keadaan berubah,” ujarnya sinis.

Zairil juga menegaskan bahawa keseluruhan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji mesti meletakkan jawatan, bukan sahaja mereka yang bertapak di kedua-dua syarikat.

“Jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji telah gagal menjalankan tugas bukan sahaja sebagai pengurus dana rakyat, tetapi juga pemegang amanah tanggungjawab agama umat Islam,” kata beliau.

Justeru katanya, tanggungjawab harus dipikul oleh individu yang bukan sahaja merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga turut berperanan melantik kakitangan di kedua-dua Tabung Haji dan 1MDB, iaitu Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

“Tidak ada pilihan lain. Perdana Menteri mesti bertanggungjawab penuh dan meletakkan jawatan dengan serta merta,” tegas beliau


 
 
 

Commentaires


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page