top of page

Najib makin dijauhi, benarkah perancangan sedang berlaku di Milan? -

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 10, 2015
  • 3 min read

1.jpg

Minggu ini Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua atur cara khusus berjumpa dengan pemimpin Umno yang dipercayai untuk menjelaskan perkembangan politik semasa sambil menagih sokongan daripada mereka.

Pada hari Ahad, beliau akan berada di Tawau, Sabah di mana dilaporkan antara 20 hingga 30 ribu orang bakal menyambutnya secara besar-besaran di sana. Tetapi Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini bersuara agak berbeza dengan mahukan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat, tidak akan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau sebaliknya sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu.

Kenapa Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah di ketika Najib mahu turun ke Sabah? Tidak bolehkah pemergian menunaikan umrah dilewatkan barang sehari dua selepas perjumpaan dengan perdana menteri?

Pada hari Isnin ini pula, Najib akan bertemu sekali lagi dengan ketua-ketua Umno Bahagian di Putrajaya, juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka. Ini adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan ketua-ketua Umno Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.

Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Itali juga tentunya tidak hadir sama. Dalam pertemuan kali pertama Najib dengan ketua-ketua Umno Bahagian di PWTC pada Mac lalu, Muhyiddin dan Shafie juga adalah antara yang tidak menghadirinya.

Semalam, nun jauh dari Milan, timbalan perdana menteri berkata, isu 1MDB adalah sebab utama Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini.

Katanya, rakyat ingin tahu mengenai perkara itu tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk menjelaskannya ketika berkempen.

Bersama-sama Muhyiddin berada di Milan sekarang ini ialah Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta beberapa ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Adakah di Milan ketika ini sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara?

Dalam pada itu, selain Shafie, seorang lagi naib presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras apabila meminta selain audit yang sedang dijalankan dipercepatkan, turut mahukan audit bebas antarabangsa dilakukan terhadap 1MDB bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran rakyat ketika ini.

Ini secara langsung menunjukkan ketika ini Muhyiddin, Shafie dan Hishammuddin hampir selari dalam pandangan dan seolah-olah tidak mahu menunggu lagi laporan audit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana diumumkan Najib sebelum ini.

Mereka lebih mahukan Najib tampil sendiri tampil menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat berbagai isu meragukan mengenai 1MDB itu.

Di waktu yang sama, selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urus niaga antara 1MDB dengan Lembaga Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu.

Jika sebelum ini, hanya Dr Mahathir yang tidak henti-henti melontarkan persoalan dan mahukan jawapan daripada Najib mengenai 1MDB, kini Pemuda Umno nyata lebih lantang menuntut perkara yang sama.

Mereka juga mengakui 1MDB adalah beban kepada parti dan kerajaan ketika ini sehingga kesan penolakan daripada generasi muda dapat dirasai ketika kempen di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Sekali gus, memberi makna julangan Pemuda Umno kepada Najib sebelum ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan semakin ramai pemimpin kanan Umno mulai mempersoal dan menjauhi Najib, kehadirannya di Sabah dan perjumpaan pusingan kedua dengan ketua-ketua Bahagian kali ini mungkin tidak lagi seceria dan semeriah seperti selalu.

Najib kini lebih dinanti bila mahu pergi berbanding perlunya dipertahankan lagi. – shahbudindotcom.blogspot.com


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page