top of page

Adakah Najib arah Tabung Haji beli tanah 1MDB

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 11, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Tabung Haji membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas perdana menteri menasihatkan tanah berkenaan dijual semula.

Mahfuz yang juga pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji berkata, jika perkara itu tidak segera ditangani maka ia akan menjadi contoh yang bakal ditiru dan diulang pemimpin-pemimpin pada masa akan datang.

"Transaksi hartanah 1MDB-Tabung Haji ini dengan jelas menunjukkan perdana menteri Malaysia boleh pada bila-bila masa mempengaruhi proses pembuatan keputusan di Tabung Haji,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

“Sehari sebelum itu mereka (Tabung Haji) kata mereka tak akan jual balik tanah yang dibeli kepada mana-mana pihak. Tetapi bila dapat panggilan dari perdana menteri, satu panggilan boleh membuat keputusan untuk jual balik tanah tersebut.

“Isunya ialah kalau perdana menteri boleh mempengaruhi, memberi arahan kepada lembaga pengarah untuk menjual semula tanah tersebut, apakah tidak mungkin perdana menteri juga pada awalnya mengarahkan lembaga pengarah untuk membuat keputusan bagi membeli tanah tersebut menyelamatkan keadaan terdesak yang dihadapi 1MDB?” soalnya berhubung transaksi yang menimbulkan kemarahan ramai pihak itu termasuk pemimpin tertinggi Umno.

Mahfuz berkata, dakwaan Najib yang pembelian tanah 1MDB bakal menjana keuntungan lumayan kepada Tabung Haji boleh dipertikaikan kerana katanya, jika begitu keadaannya, tanah itu sejak awal lagi seharusnya dijualkan kepada Tabung Haji.soalkan kerana Tabung Haji membeli tanah 1MDB dengan harga luar biasa mahal berbanding tanah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Langkah menjual tanah seluas satu setengah ekar di TRX kepada Tabung Haji pada harga luar biasa tingginya ialah satu tindakan terdesak bagi menjana tunai secepat mungkin, menyelamatkan 1MDB daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak bank.

“Untuk tanah seluas satu setengah ekar, Tabung Haji membayar RM188.5 juta tunai, tidak seperti amalan biasa di mana pembeli membayar 10-20% wang pendahuluan dan selebihnya selepas segala urusan perundangan dan transaksi dimuktamadkan.

“Gerakan ini berpendirian, Tabung Haji perlu diselamatkan daripada menjadi mangsa puak yang menyalahgunakan kuasa dan yang dilihat tidak berminat menjaga kebajikan penabung,” katanya.

Najib semalam berkata, Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB itu sebagai satu pelaburan, dan bukannya "bailout", kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu.

Namun, memandangkan perkara itu dijadikan isu kontroversi, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata, melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh mendapat keuntungan sehingga RM5 juta hingga RM6 juta, namun pada masa sama, merugikan pendeposit kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta

 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page