top of page

Dedahkan semua urus niaga badan berkanun dengan 1MDB

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 11, 2015
  • 2 min read

1.jpg

PKR hari ini menuntut badan berkanun yang berurus niaga dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyenaraikan semua urusan mereka dengan dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, susulan laporan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) turut membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB, selepas Lembaga Tabung Haji.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata, orang ramai perlu tahu sejauh mana wang awam terlibat dalam urusan 1MDB, dan mahu kenyataan terbuka yang termasuk pegangan bon, pemberian pinjaman, pembelian tanah dan sebarang urus niaga yang pernah dirundingkan badan berkanun itu dengan 1MDB

Berita mengenai pembelian KWAP itu timbul selepas minggu lalu, sebuah blog mendedahkan Tabung Haji membeli plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengarahkan supaya tanah yang diberikan kepada 1MDB dijual kembali kepada kerajaan persekutuan pada harga yang sama yang dibayar oleh 1MDB dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya keputusan tabung pencen negara itu, mengatakan walaupun pembelian tanah itu dilaporkan pada harga yang lebih murah daripada yang dibayar Tabung Haji, ia tetap satu lagi bentuk suntikan dana bagi menyelamatkan atau “bail out” 1MDB.

Rafizi berkata, selain Tabung Haji dan KWAP, beliau percaya 1MDB juga mengadakan perbincangan dengan agensi/badan pelaburan negara lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Sebarang penjualan kepada Tabung Haji, KWAP, KWSP, LTAT dan PNB perlulah dibuat terus daripada kerajaan persekutuan kepada agensi-agensi tersebut," katanya.

Rafizi juga menggesa Najib mengarahkan agar semua perjanjian dan kontrak melibatkan penjualan hartanah oleh 1MDB kepada agensi-agensi dana rakyat tersebut dibatalkan segera secara suka sama suka (mutual termination of contract). Beliau juga mencabar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, menjadi suara dalam parti itu, menuntut ketelusan tersebut.

"Sekiranya beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan seperti yang dikehendaki (kenyataan terbuka badan berkanun), wajarlah beliau mengambil langkah berprinsip meletakkan jawatan daripada Kabinet," katanya.

Tabung Haji membeli tanah di TRX itu pada harga 43 kali ganda lebih tinggi daripada apa yang dibayar 1MDB ketika membelinya daripada kerajaan persekutuan tiga tahun lalu.

Manakala KWAP dilaporkan membeli tanah itu pada 30 kali harga pembelian asal.

"Keuntungan atas angin yang dikaut 1MDB ini akhirnya digunakan untuk membayar faedah-faedah bernilai ratusan juta ringgit yang terpaksa dibayar beberapa kali setahun, sedangkan dana asal yang dipinjam sebanyak RM42 bilion itu tidak diketahui ke mana perginya," katanya.

Rafizi berkata, KWAP sudah meminjamkan RM4 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB pada tahun 2011 dan laporan kewangan terkini yang diaudit menyatakan, sejumlah RM3.1 bilion merupakan pelaburan yang juruaudit tidak mempunyai sebarang maklumat.

Beliau dipercayai merujuk kepada pinjaman yang dibuat kepada src International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, bagi tujuan pelaburan dalam perlombongan arang batu di Mongolia.

src kini diserap sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

 
 
 

Kommentare


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page