top of page

Henti guna jet peribadi selepas rakyat dikenakan GST

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 11, 2015
  • 2 min read

1.jpg

‎Putrajaya digesa memotong kos perbelanjaan pentadbiran termasuk menghentikan penggunaan jet peribadi selepas seluruh rakyat Malaysia "dipaksa" membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Tan Keng Liang.

Ketua Pemuda Gerakan itu berkata, jet peribadi itu tidak memberi manfaat dan Putrajaya perlu melakukan tindakan sama jika mahu menyeru rakyat berjimat cermat ketika berbelanja.

"Penggunaan jet itu sememangnya memakan kos yang tinggi.

"Malah jika dihapuskan ia mungkin memberi keuntungan kepada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak‎ berkata, Putrajaya akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga dan tidak telus mengenakan GST.

Najib turut memberi jaminan keuntungan ‎GST akan dimanfaatkan untuk rakyat dan negara, satu langkah yang dilihat untuk mengurangkan kritikan terhadap tindakan Putrajaya memperkenalkan GST.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menggesa Putrajaya untuk membatalkan GST kerana ramai di antara pegawai tinggi kerajaan masih belum faham bagaimana untuk melaksanakannya.

Tan berkata, jika Najib gagal menunjukkan kerajaan turut sama berkongsi beban dengan rakyat, segala usaha yang diambil kerajaan akan ditolak walaupun ia demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, rakyat akan menerima keputusan tidak popular yang dibuat kerajaan itu jika Putrajaya menunjukkan komitmen berkongsi beban dengan rakyat.

"Tidak dinafikan GST dilaksanakan lebih 160 negara seluruh dunia.

"Namun sentimen sekarang ialah, rakyat masih belum nampak sebarang manfaat yang diterima mereka selepas pelaksanaan GST," katanya.

Di Putrajaya hari ini, Najib yang juga menteri kewangan berkata, apabila hasil pendapatan bertambah, kerajaan akan menerangkan kepada rakyat secara telus kerana rakyat hendak tahu penggunaan pendapatan negara itu.

"Nanti saya akan bentangkan kepada rakyat, duit tambahan ini, kita akan menggunakan untuk kebaikan rakyat dan negara. Ini saya hendak memberi jaminan, itulah sebenarnya hasrat kerajaan.

"Apabila keadaan kita lebih kukuh, pasaran yakin kepada ekonomi negara kita, kita ada punca tambahan, kita boleh mara ke hadapan," katanya.

Katanya, kerajaan menambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini bagi mengurangkan kos harga barang naik serta mengurangkan kadar cukai perseorangan.

"Untuk kita lakukan semua ini, kita perlu ada punca kewangan yang boleh mengukuhkan lagi pendapatan negara," katanya sambil menambah beliau akan membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 pada 21 Mei ini, menggariskan perancangan kerajaan untuk 5 tahun akan datang.

 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page