top of page

Najib kuat dengan 'rakyat upahan'

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 11, 2015
  • 1 min read

1.jpg

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak seperti yang tergambar. "Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan 'I love PM' dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan. "Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB (Dasar Ekonomi Baru), mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputera di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya. "Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), wang percuma untuk rakyat," katanya. Susulan perkata itu, Dr Mahathir yang pernah menyangka prestasi Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih baik berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi meleset. "Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13. "Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU-13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah. "Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah," tulis Dr Mahathir.


 
 
 

Commenti


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page