top of page

Rosmah layak digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ kerana tabiat membazirnya

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 11, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Belum pun reda isu ‘hangat’ suaminya Dato’ Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan gambar mendiang Altantuya Shaariibuu, Datin Seri Rosmah Mansor menyemarakkan lagi ‘api’ publisiti dengan sikapnya yang didakwa berbelanja secara mewah dan membazir di luar negara. Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu, mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia.

April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles, untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya.

"Amat memeranjatkan menurut pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin.

"Di Boston pula setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya.

Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.

"Saya rasa dengan tabiat membeli belah secara boros dan membazir serta nafsu besarnya memang layaklah beliau digelar Imelda Rosmah," kata Saifuddin sewaktu mendedahkan di sebuah ceramah di Kulim Jun lalu.

Perilaku Rosmah ini jelas seolah-olah menempelak dan melanggar nasihat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM yang juga suaminya, supaya rakyat jelata berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.

Sebelum ini, Rosmah mengundang kontroversi dengan aksi manjanya dengan pelakon Bollywood yang mendapat kritikan dan teguran pelbagai lapisan masyarakat yang kecewa dengan sikap isteri pemimpin nombor dua negara yang tidak menjaga batas-batas agama dan memalukan imej seorang wanita muslim.

Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan.

Lebih melucukan, Pemangku yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam sebuah akhbar menyarankan agar para isteri pemimpin perlu menampil imej yang boleh diterima masyarakat sedangkan rata-rata berpendapat Rosmah perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menasihati atau menuding jari kepada pihak lain.

 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page