top of page

Abim serah memo desak Azeez letak jawatan

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 12, 2015
  • 1 min read

1.jpg

NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyerahkan memorandum kepada Lembaga Tabung Haji bagi mendesak Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan. Presiden Abim Amidi Abdul Manan berkata, selain mendesak Abdul Azeez meletakkan jawatan, pihaknya juga meminta supaya pihak yang terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut berbuat demikian. "Kita minta pihak di pelbagai peringkat yang terlibat dengan 1MDB meletakkan jawatan. Dan Abim mendesak supaya pengerusinya sendiri undurkan diri kerana kesilapan yang dibuat dan beri persepsi tak benar berkaitan Tabung Haji," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tiga muka surat kepada Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Adi Azuan Abd Ghani di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak. Mengulas lanjut, Amidi berkata Abim juga menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memandangkan beliau menteri yang menyelia agensi itu. Katanya lagi, selaku menteri, Jamil perlu memberi penjelasan berhubung kontroversi pembelian tanah milik 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji. "Kita juga mohon supaya beliau bersuara kerana dia mempunyai kuasa yang lebih terhadap lantikan serta boleh memecat pengerusi. Beliau berkuasa penuh. "Jadi kami juga mahukan penjelasan daripada beliau selalu menteri," katanya.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page