Ahmad Maslan selar 'fitnah bodoh' padanya
- haidy81
- May 12, 2015
- 1 min read

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan antara pemimpin Umno paling banyak menjadi mangsa 'troll' (persenda) di Internet. Beliau bagaimanapun tengah malam tadi bangkit mengkritik keras pelaku tindakan itu dengan menyifatkan golongan itu sebagai “bankrap modal”. Beliau merujuk penyebaran poster di Internet yang memetiknya sebagai berkata pengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan disaman. “Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. “Orang yang suka fitnah ialah kumpulan bankrap moral,” tulis anggota Parlimen Pontian itu di Twitter.
Poster dengan dengan gambarnya turut memetik kenyataan palsunya sebagai menyebut: “Tak mampu bayar GST duduk kat bulan!” Ahmad antara pemimpin Umno paling gigih mempromosikan GST, termasuk di Twitter. Beliau bagaimanapun turut dilihat sebagai pihak paling banyak dikritik susulan penjelasan-penjelasannya itu. Sebelum ini ahli Parlimen Langkawi pernah terpalit kontroversi sama ada bergurau dengan rakannya di media sosial dengan menyarankan mereka yang tidak setuju dengan GST "tinggal di bulan". Kenyataan Datuk Ir Nawawi Ahmad itu mengundang kritikan warga maya dan memaksa beliau memadamkan tulisan di Facebook itu.
Comments