top of page

Dilema Dr M - Tegur salah, tak tegur salah

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 12, 2015
  • 1 min read

1.jpg

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau menghadapi dilema ketika terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Menurut Dr Mahathir, beliau terpaksa mengkritik kepimpinan Najib sebagai langkah menyelamatkan BN sebelum pilihan raya umum ke-14 berlangsung. "Saya sedar jika saya tidak sokong Najib, parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU ke-14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau. Menyedari keadaan itu, kata bekas perdana menteri itu, kepimpinan Umno dan BN perlu ditukar segera bagi memberi "masa pemulihan" secukupnya kepada parti berkenaan, iaitu sebelum PRU ke-14. Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, dia tidak dapat menerima jika negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat. "Dasar parti dalam Pakatan bertentangan antara satu dengan lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. "Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri," katanya. Dr Mahathir juga menganggap kerajaan melakukan salah guna kuasa apabila agensinya untuk mengugut pihak yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan diambil. Keadaan itu kata bekas perdana menteri berkenaan dilakukan ketika rakyat semakin tidak suka kepada kerajaan. Dalam catatan beliau, Dr Mahathir berkata, ada pemberita yang melaporkan mengenai "Majlis Raja-Raja yang tidak bersetuju dengan hudud PAS" ditangkap polis kerana dianggap melakukan kesalahan hasutan. Kemudian, kata Dr Mahathir, mahkamah melepaskan mereka kerana menurut pandangan hakim tindakan itu bukan hasutan. "Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai daripada membuat apa-apa kenyataan antikerajaan," katanya.


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page