top of page

PAC arah CEO, bekas CEO 1MDB 'mengadap'

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 12, 2015
  • 2 min read

1.jpg

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebulat suara bersetuju memulakan prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO pertamanya Datuk Shahrul Ibrahim Halmi adalah antara tokoh yang akan dipanggil untuk memberi penjelasan. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, prosiding siasatan awal terhadap 1MDB akan dimulakan pada 19 Mei depan. Menurut Ahli Parlimen Pulai itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah (gambar kanan) dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan turut dipanggil. "PAC sebulat suara bersetuju memulakan prosiding siasatan terhadap syarikat 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu," katanya dalam kenyataan medianya hari ini. Keputusan itu dibuat oleh semua ahli PAC yang terdiri daripada lapan ahli parlimen BN dan lima pembangkang. Kata Nur Jazlan, PAC bersetuju memanggil semua pihak terbabit dalam pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB sejak ia mula ditubuhkan pada 2009 selepas ditukar fungsi daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA). PAC tetap mahu EPU "Prosiding akan dimulakan dengan memanggil pegawai pengawal syarikat 1MDB iaitu Irwan dan Rahmat yang pernah hadir memberi keterangan kepada PAC pada 2012," katanya. Menurut Nur Jazlan, surat kepada Kementerian Kewangan dan EPU dihantar pada 6 Mei lalu dan mengikut peraturan serta kuasa yang diberikan kepada PAC pihak berkaitan perlu hadir di hadapan jawatankuasa tersebut. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu EPU menghantar surat balas kepada PAC dan memaklumkan bahawa unit berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap tadbir urus syarikat 1MDB. Namun, Nur Jazlan berkata PAC tetap mahu EPU hadir memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan bagi menjelaskan mengenai pelaburan syarikat berkenaan selain bertanggungjawab terhadap pembangunan tanah Tun Razak Exchange (TRX) serta Bandar Malaysia, Sungai Besi. “PAC menghantar semula surat panggilan terhadap EPU pada hari ini, bagi memastikan mereka hadir pada 19 Mei ini, bersama-sama dengan Perbendaharaan bagi memulakan prosiding," katanya.


 
 
 

Comentarios


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page