top of page

PM dan politik 'daun balik angin' Sabah

  • Writer: haidy81
    haidy81
  • May 12, 2015
  • 1 min read

1.jpg

Sokongan puluhan ribu rakyat Sabah dalam himpunan solidariti dengan Datuk Seri Najib Razak semalam disifatkan hanya "merebahkan" perdana menteri. Ia sekali gus, kata pengamat politik Mohd Sayuti Omar (bawah), "memandu Najib menuju keranda untuk dibawa ke liang lahad". Gagal membaca politik Sabah yang didakwa sering berubah, Sayuti berkata Najib tersilap menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad selepas terpesona dengan jumlah peserta dalam acaranya di Sabah. “Najib lembap dalam mengemaskini status sokongannya. "Politik orang Sabah, boleh terbalik dan berubah dalam masa beberapa minit sahaja. "Politik orang Sabah adalah politik 'daun balik angin',” kata penulis yang dekat dengan Pakatan Rakyat. "Orang Sabah boleh merubah pegangan politik dan sokongannya gara-gara hanya tidur mereka kerana diganggu mimpi dan igau atau perjalanan mereka tersepak batu.” Ada ubi ada batas Sayuti mendakwa rakyat di negeri itu mengalami keazaban politik sejak puluhan tahun akibat “dipersenda” BN dan tiba masanya mereka mempermain-mainkan Najib. "Orang Sabah sebenarnya berdendam dengan orang Kuala Lumpur terutamanya parti yang dipimpin Najib. "Apakah Najib boleh percaya dengan orang yang ada dendam? Ada ubi adalah batas," katanya. Kemarahan itu, katanya, terus membara dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan munculnya kontroversi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Tabung Haji. "Umpama orang terdesak dia akan melakukan apa sahaja termasuk perkara yang tidak masuk akal ataupun ganjil,” katanya


 
 
 

Comments


Berita Terbaru

MT UMNO minta Najib undur

Henti gunakan Jet Peribadi selepas rakyat dikenakan GST

Tun Mahathir kutuk Rosmah berlagak macam PM

Najib kuat dengan rakyat upahan

Gajet

MAXIS NOW OFFERING THE HTC ONE M9+ FROM RM1,699

SONY ANNOUNCES ITS NEXT GENERATION “SELFIE SMARTPHONE”

Illegear Z5 Gaming Laptop - Power that comes at a price

Trending

Trending

Rosmah Mansor menjadi tajuk hangat akhbar luar negara. keborosan Rosmah menjadi perhatian antarabangsa

Senarai kakayaan anak-anak VVIP. Kehidupan mewah mereka tidak sepadan dengan gaji ayah mereka sebagai menteri.

Najib Rosmah bercuti ke Australia guna duit rakyat

Rosmah layak di gelar Imelda Marcos Malaysia kerana tabiat boros

Holiday

Only three hours from Singapore, Rimba Resort offers the perfect place to relax. Our natural bay at the northern tip of Pulau Sibu, Malaysia

Tanjung Jara Resort. Discover how Malay kings once crafted their palaces. Fronted by an emerald sea glittering with diamonds of light, shaded by tall palms rustling in the breeze

Pangkor Laut ResortPangkor Laut Resort is located on the privately owned island of Pangkor Laut 1.6 km off the West Coast of Peninsular Malaysia.

Blog Komen

@LetakJawatan

Berikan Pandangan Anda

Sertai Lebih 100 Ribu Komuniti

© 2015 Oleh Letak Jawatan

bottom of page